Biografi dan Profil Ibnu Haitham
Latar Belakang
Di era millennium
seperti saat ini, optik menjadi sesuatu ilmu yang penting dalam kehidupan
manusia. Dalam perjalannya, bagian dari ilmu sains ini memberikan keuntungan
bagi fotografi, internet (fiber optik) hingga satelit mata-mata.Membicarakan
optik, maka tak bisa dilepaskan dari seorang ilmuwan muslim bernama Abu Ali
al-Hasan ibnu al-Hasan ibnu al-Haytham atau Ibnu al-Haytham saja, di dunia
barat dia dipanggil Alhazen.
Ibn al-Haytham seorang ilmuwan besar yang salah satu jurnalnya Kitab al-Manazir
atau Buku Optik diakui sebagai rujukan ilmu optik. Maka tak mengherankan dia
pun dijuluki Bapak Optik."Al-Haytham tak bisa dipungkiri merupakan figur
paling signifikan dalam sejarah optik di masa lalu dan abad ketujuh belas,"
kata sejarahwan sains David Lindberg, yang dikutip dari Science News.Dia
menambahkan selain memberikan kontribusi besar untuk optik, namun Ibnu
al-Haytham adalah salah satu karakter berbeda dalam sejarah ilmu pengetahuan
abad pertengahan. Lahir di Basra, yang sekarang menjadi di Irak, dia
menguasai pemikiran-pemikiran dari filsuf dan ilmuwan Yunani seperti
Arsitoteles, Plato, Ptotelmy, Archimedes, Galen, dan banyak lainnya.Sehingga
dia memang layak disebut filsuf, matematikawan dan astronom. Apalagi diperkiraan
lebih dari 200 buku tentang berbagai aspek alam telah dibuatnya. Namun memang
ilmu optik yang membuat dirinya menjadi terkenal.
Biografi
Ibnu Haitham atau
nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham, atau dalam kalangan
cerdik pandai di Barat, beliau dikenal dengan nama Alhazen, adalah seorang
ilmuwan Islam yang ahli dalam bidang sains, falak, matematika, geometri,
pengobatan, dan filsafat. Beliau banyak pula melakukan penyelidikan mengenai
cahaya, dan telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,
Bacon, dan Kepler dalam menciptakan mikroskop serta teleskop..
Masa
ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang mundur dan memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah telah
membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana dan ilmuwan
yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan,
kemasyarakatan, agama, pengobatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat
diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekedar dapat
menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, tetapi dalam masa yang singkat
dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun tokoh itu
lebih dikenali dalam bidang sains dan pengobatan tetapi dia juga memiliki
kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah, dan sebagainya. Salah
seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All
Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.
Perjalanan
hidup Ibnu Al Haitham
Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masehi. Beliau memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Kecintaannya kepada
ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Selama di sana beliau telah mengambil
kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran
Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematika dan falak. Tujuannya
adalah untuk mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan menuju
Universitas Al-Azhar.
Hasil daripada
usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains,
falak, matematik, geometri, pengobatan, dan falsafah. Tulisannya mengenai
mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian
sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai pengobatan mata telah menjadi asas
kepada pengajian pengobatan modern mengenai mata.
Karya dan
penelitian Ibnu Al Haitham
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku
mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris,
antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan
mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang
bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu
Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di
ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di
garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya
menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga
turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah
teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali
untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia.